“Masalah Besar Bukan Pada Talak Semasa Mengandung Itu” – PU Rahmat Ikhsan

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Isu menceraikan isteri yang sedang hamil tujuh bulan oleh PU Abu Sufyan masih belum reda dan ramai yang bimbang kesan kepada si ibu yang bakal melahirkan anak nanti.

BACA : PU Abu Dedahkan Punca Cerai Isteri Semasa Hamil

Di laman Twitter, PU Rahmat Ikhsan mendedahkan masalah besar bukan pada talak semasa mengandung, kerana perkara utama diberi perhatian mengenai isu perceraian ketika sedang hamil ialah mengenai emosi wanita yang diceraikan.

“Masalah besar bukan pada talak semasa mengandung itu dibenarkan atau tidak. Masalah besar pada bahaya mudarat talak itu kepada isteri yang sedang mengandungkan anak si penalak (orang yang melafazkan talak).

“Emosinya terganggu dan boleh buat dia mahu membunuh anak dalam kandungan serta bunuh diri,” – PU Rahmat Ikhsan.

Walaupun kata-kata tersebut tidak dituju kepada PU Abu, tetapi posting tersebut dikemaskini sebaik sahaja keraguan ramai pihak mengenai penceraian semasa si isteri sarat mengandung.

“Kos bersalinnya, kos kesihatan anak, nafkahnya, mut’ah bekas isteri dan sistem sokongan keluarga yang diperlukan oleh bekas isteri dan anak.

“Saya bermuhasabah atas segala apa yang berlaku dan berharap agar saya menjadi suri tauladan yang baik buat keluarga,” Pu Rahmat Ikhsan.

Bukan itu sahaja, faktor lain yang perlu diambil kira lagi, takut si isteri yang diceraikan ini juga akan mengalami gangguan emosi.

Sumber : Twitter PU Rahmat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*