Punca Awal Ashaari Kemalangan Dikenalpasti

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari yang kemalangan menaiki kereta BMW 6 Series yang dipandu temannya, Izuan Mokhtar remuk teruk di Lebuhraya Utara-Selatan R&R Ayer Keroh, Melaka lebih kurang jam 11 pagi tadi.

Kemalangan Awal Ashaari yang berlaku semasa dalam perjalanan untuk mengacarakan program Melodi secara langsung di Jom Heboh di Melaka tetapi terbabas ke bahu jalan.


Menurut Izuan Mokhtar, punca kemalangan Awal Ashaari itu disebabkan oleh brek yang tidak berfungsi dengan baik dan tayar bahagian belakang bocor.

Kereta BMW 6 Series yang dinaiki oleh Awal dan Izuan sebenarnya kepunyaan Izuan dan bukanlah kereta BMW Awal Ashaari seperti yang dihebohkan oleh orang ramai.

Oh ya, Awal Ashaari dalam keadaan stabil dan telah memuatnaik gambar terbarunya di Instagram dengan senyuman untuk peminat.

Assalamualaikum. Saya telah terlibat dengan kemalangan tengahari tadi ketika dalam perjalanan ke Jom Heboh Melaka. Alhamdulillah, tiada kecederaan serius, Terima Kasih diatas pertolongan semua pihak yang telah mengeluarkan saya dari kenderaan, bawa ke hospital dan rawatan yg diberikan oleh Hospital Melaka. Inshallah saya akan ditukarkan ke Kuala Lumpur malam nanti. Doakan kesihatan saya, dan rakan @izuan_mokhtar yang turut sama mengalami kecelakaan ini. Salam, Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*