Jep Selalu Tertekan & Murung Punca Ilya ‘Senario’ Keluar Dari SepahTu

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Ilya Buang atau lebih dikenali dengan Ilya ‘Senario’ merupakan ahli kumpulan lawak SepahTu dalam Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) dan selalu tidak dapat menyertai kumpulan tersebut untuk membuat persembahan dengan alasan kesihatan.

Selepas pengumuman rasmi oleh ahli SepahTu, Jep & Shuib dalam pertandingan Maharaja Lawak 2014 pada 19 Disember lalu, Ilya pula tampil pada pihak media untuk menjelaskan punca sebenar beliau menarik diri dari kumpulan SepahTu.

“Saya menarik diri daripada kumpulan Sepahtu kerana memikirkan itu adalah jalan terbaik buat mereka meneruskan perjuangan di MLM 2014.

“Selama beberapa minggu ini saya tidak menyumbang idea dan keadaan kesihatan saya kadang kala menyusahkan mereka untuk sesi latihan,” ujar Ilya Buang.

Ilya juga memberitahu yang dirinya mempunyai masalah dengan anggota kumpulan itu terutamanya Jep yang selalu tertekan mencari idea dan selalu murung sahaja menyebabkan Ilya berasa serba salah dan faham apa yang perlu dilakukan iaitu menarik diri dari kumpulan SepahTu

“Saya faham Jep tertekan mencari idea setiap minggu dan saya pula kadang kala dapat sertai mereka, kadangkala tak dapat. Adakalanya dia seperti murung sahaja tetapi tidak mahu berkongsi perkara itu.

“Sebagai orang agak berusia saya nampak kerisauan dia, dia tidak meminta saya keluar daripada kumpulan itu tetapi saya faham-faham sendiri yang mana saya telah memberi tekanan pada mereka,” katan Ilya lagi.

Punca kesihatan yang tidak baik juga salah satu faktor Ilya hilang fokus semasa di atas pentas dan Ilya baharu sahaja menjalani pembedahan kecil di bahagian punggung akibat bisol di Pusat Perubatan Pantai di Ipoh Perak dan penyakit kencing manis yang dihidapinya itu menyebabkan beliau tidak boleh mengambil gula secara berlebihan sehingga mengakibatkan dirinya lemah dan tidak bertenaga.

“Kesihatan saya tidak begitu baik kerana penyakit kencing manis dan baru menjalani pembedahan bisol pada 18 Disember lalu, jadi saya tidak boleh mengambil pemakanan yang ada gula sehingga membuatkan badan saya lemah.

“Itu juga membuatkan fokus saya terganggu dan lupa apa yang sepatunya saya lakukan di atas pentas,” katanya.

Dengan penarikan diri oleh Ilya Buang, maka ahli SepahTu hanya Jep dan Shuib. Persoalannya, adakah SepahTu akan mengajak Mamat Sepah untuk bersama SepahTu dalam Maharaja Lawak Mega 2014 ini?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

1 Trackback / Pingback

  1. Peminat Minta Zizan Keluar Dari Kumpulan Virus & Kekalkan Kumpulan Jambu

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*