Beri Nafkah RM500 Sebulan, Punca Nabila Minta Cerai Dari Sharnaaz Ahmad?

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Kontroversi penceraian pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya, Noor Nabila Mohd Noor masih berlarutan dan hari ini mereka berdua diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes perceraian mereka.

BACA : “Yang Buat Poster Pun Bahalol” – Sharnaaz Ahmad Bengang Nama Salah Eja, Pereka Grafik Kukubesi Mohon Maaf

Hakim Syarie Ahmad Muttaqi Ismail memerintahkan pasangan suami isteri itu selepas Sharnaaz tidak bersetuju dengan tuntutan cerai isterinya.

Memetik Harian Metro, selain tiada persefahaman dan tinggal berasingan sejak Februari 2018, Noor Nabila memberikan alasan untuk bercerai bahawa Sharnaaz memberi nafkah zahir yang tidak mencukupi iaitu hanya RM500 sebulan walaupun mampu untuk memberi lebih daripada itu.

Noor Nabila dalam tuntutannya juga memberitahu, langkah sudah diambil untuk mencapai perdamaian termasuk sudah berbincang namun tidak menemui jalan penyelesaian dan defendan berterusan dengan sikapnya.

Kenyataan Nabila mendakwa nafkah RM500 yang tidak mencukupi itu menimbulkan pelbagai respon daripada netizen yang mengikuti perkembangan kes penceraian pasangan ini.

Rata-rata netizen mengatakan, RM500 itu adalah satu jumlah yang banyak bagi seorang isteri dan ada yang mendakwa Nabila tidak cukup dengan jumlah nafkah terbabit memandangkan dia biasa hidup dalam kemewahan.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

1 Comment

  1. POmpuan macam tu mana boleh bagi Nafkah 5oo sebulan!, tak cukup. Paling kurang Rm 4,000 sebulan. Sebab tu Exboss aku ajak kahwin aku tak nak! mana nak tanggung dia, hadiah birthday pun 1,000 paling murah, lebih lagi baik katanya. Sebelum kahwin, selidik dulu bini tu, orangnya macam mana. Kalau gadis kampung level upsr, pass pt3 boleh le bagi nafkah rm 50.

5 Trackbacks / Pingbacks

  1. "Isteri Lepas Ni Jangan Dari Kelantan, Walaupun Dah Duduk KL 10 Tahun" - Peminat Nasihat Sharnaaz Ahmad - TEHPANAS
  2. “Isteri Lepas Ni Jangan Dari Kelantan, Walaupun Dah Duduk KL 10 Tahun” – Peminat Nasihat Sharnaaz Ahmad - Info Sebenar
  3. "Isteri Lepas Ni Jangan Dari Kelantan, Walaupun Dah Duduk KL 10 Tahun"
  4. Lufya Diceraikan Melalui WhatsApp Selepas Dedah Sikap Sebenar Suami Di Media Sosial - TEHPANAS
  5. Lufya Diceraikan Melalui WhatsApp Selepas Dedah Sikap Sebenar Suami Di Media Sosial - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*