Gabung Nama ‘FizoMawar’, Netizen Dakwa Punca Penceraian

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Pasti ramai yang sudah tahu bahawa pasangan Fizo Omar dan Mawar telah bercerai talak satu pagi tadi selepas bahtera yang mereka bina selama enam tahun gagal diselamatkan.

Menurut Fizo dan Mawar, hilang keserasian adalah punca keretakan rumah tangga mereka dan bukanlah disebabkan harta mahu pun orang ketiga.

Namun, ada segelinitir netizen mendakwa penceraian mereka berpunca daripada nama mereka berdua yang digabung iaitu FizoMawar seperti mana yang digunakan untuk restoran mereka, FizoMawar Kitchen yang terletak di Bandar Baru, Bangi.

Mengikut kata netizen, pesanan orang tua-tua, jangan gabungkan nama dengan pasangan kerana itu salah satu punca hubungan tidak kekal lama. Hmm… ye ke?

Untuk info, Mawar sebelum ini memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 5 Julai lalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

3 Trackbacks / Pingbacks

  1. Gabung Nama ‘FizoMawar’, Netizen Dakwa Punca Penceraian - Info Sebenar
  2. Artis Wanita Sarat Hamil Anak Ketiga Diceraikan Suami - TEHPANAS
  3. Artis Wanita Sarat Hamil Anak Ketiga Diceraikan Suami - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*