Punca & Penjelasan Biker Ludah Pekerja Petronas Terjawab

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Semalam kita digemparkan dengan penyebaran video biker meludah pekerja Petronas menyebabkan ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan pemilik motosikal KTM RC 200 yang agak kurang ajar itu.

[LIHAT : VIDEO BIKER LUDAH STAFF PETRONAS]

Biker yang dikenali sebagai Shahrul Anuar Khalil mengikut profil Facebook‘nya telah memberi punca dan penjelasan mengapa beliau bertindak meludah dan menolak pekerja Petronas Simpang Pulai itu.

Menurut status di laman sosial Facebook milik Shahrul, puncanya bermula apabila staff Petronas ingin meminjam motosikalnya tetapi beliau tidak benarkan dan staff Petronas tersebut menghalau beliau supaya berdedar dari situ. Ye ke ni? Ermmm…

Menurut sumber yang lain, pekerja Petronas yang diludah itu tidak waras dan ramai yang beranggapan dia seorang yang kurang ajar dan biadab.

BIKER LUDAH PEKERJA PETRONAS MINTA MAAF & BERDAMAI

Selepas Facebook biker yang meludah pekerja Petronas dikritik dan komen-komen yang agak ‘pedas’ oleh orang awam yang marah dengan tindakan kurang ajarnya itu, lelaki tersebut datang semula ke Petronas Simpang Pulai dan meminta maaf dengan pekerja Petronas yang diludah dan dikasarinya semalam.

Walaupun sudah meminta maaf dan berdamai, namun masih ada orang awam di dalam laman sosial (netizen) memberi komen yang negatif kepada biker tersebut dan orang ramai seperti masih belum dapat menerima apa yang dilakukan oleh biker tersebut, lebih-lebih lagi pekerja Petronas tersebut seorang yang tidak waras.

TehPanas – Alhamdullillah, baguslah kalau dah minta maaf dan berdamai…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*