“Menyesal Saya Kasihan Dengan Anda!” – Raja Yunika Sedih Dituduh Fitnah Aliff Aziz

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Nampaknya ‘sinetron’ kecurian duit antara pelakon Indonesia Raja Yunika Putri dengan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz belum berakhir apabila Aliff menafikan dakwaan dia mencuri sejumlah wang milik Yunika awal bulan lalu.

BACA : Aliff Aziz Ditahan Polis, Didakwa Mencuri Duit Artis Indonesia

Berang dengan tindakan Aliff itu, Yunika mencabar penyanyi kelahiran Singapura itu memfailkan saman terhadap dirinya jika dakwaan itu hanyalah fitnah dan berniat jahat.

“Berani kerana benar dan takut kerana salah! Kalau memang kamu berasa benar, kenapa harus sekat saya?

“Kesabaran saya sudah habis! Ayuh saman saya balik. Jangan berani hanya dengan perempuanlah bro… kamu boleh buat orang bergaduh tau!

“Sekarang baru saya tahu kamu bukan lelaki sejati. Kamu hanya berani bersembunyi di sebalik ketiak mereka yang bersembunyi di balik kata-kata!” tulis Yunika di Instagram.

Menerusi Instagram, Yunika memuat naik beberapa posting gara-gara tidak berpuas hati dengan kenyataan Aliff Aziz yang mendakwa segala tuduhan kehilangan sejumlah wang tunai sebelum ini adalah fitnah semata-mata.

Menurut Yunika, dia turut menyesal pernah membantu Aliff dan menyifatkan penyanyi itu seperti melepaskan anjing sedang tersepit.

Dia juga menyesal kerana pernah kasihkan Aliff dan ternyata Aliff yang mengatakan dirinya menyesal sebelum ini adalah sekadar lakonan.

“Kamu acah-acah seperti mahu insaf dan merayu tarik balik report… Kemudian lepas kamu fikir masalah sudah selesai, kamu akan gigit balik orang yang sudah tolong kamu! Orang jenis kamu ni tak boleh buat baik.

“Lebih baik kamu diam dari terus menyakiti hati mangsa-mangsa kamu dengan kenyataan yang membuatkan orang lain berbalah. Mungkin kamu suka tengok orang lain bergaduh sebab perangai macam pondan. Kebenaran akan terungkai dan permainan kamu bakal berakhir!” – tulis Yunika panjang di Instagram.

Yunika juga menegaskan akan membawa perkara ini ke tengah memandangkan Aliff mendakwa Yunika sebelum ini memfitnah dan sengaja menuduh dia mencuri sejumlah wangnya di kelab malam di Singapura.

Selain itu, Aliff juga menyekat akaun Instagram Yunika dan ini menyebabkan Yunika bertambah berang terhadap Aliff.

Sumber : Instagram Raja Yunika Putri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

1 Trackback / Pingback

  1. "Jangan Risau, Kami Sepupu" - Wanita Cantik Jelas Hubungan Sebenar Dengan Aliff Aziz - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*