“Saman Tetap Saman!” – Rakam Sedutan Filem ‘The Lion King’, Netizen Mahu GSC Saman Neelofa

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Sebelum ini, tindakan pelakon Neelofa merakam sedutan filem The Lion King di panggung wayang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan netizen dan pelbagai pihak menyebabkan dia memohon maaf secara terbuka di laman Twitter.

Namun, menerusi Twitter pula, Neelofa menjelaskan dia tiada niat untuk melanggar undang-undang berkaitan hak cipta kerana sebagai seorang selebriti dia sangat menghormati hak harta intelektual.

Dia mengakui tindakannya itu disebabkan kerana terlampau teruja dan mahu berikan sokongan terhadap filem tersebut serta mahu lebih ramai rakyat Malaysia menonton filem itu.

Menurut Neelofa, dia akan bertanggungjawab sepenuhnya di atas kesilapannya itu dan berharap apa yang berlaku dapat dijadikan pengajaran kepada orang lain sama.

Walaupun sudah memohon maaf menerusi laman Twitter, namun ramai netizen masih tidak berpuas hati dan mahukan Golden Screen Cinemas mengambil tindakan saman terhadap pelakon dan pengacara itu.

Netizen mahukan GSC tidak pilih kasih dan mahukan tindakan terhadap Neelofa dikenaka seperti mana dengan individu yang melakukan kesalahan yang sama.

Peminat Tegur Neelofa Pakai Seluar Makin Ketat, Tudung Makin Singkat

Carian Anda :

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Mahu Kembangkan Bisnes Hingga Luar Negara, Neelofa Berhajat Beli Jet Peribadi - TEHPANAS
  2. Mahu Kembangkan Bisnes Hingga Luar Negara, Neelofa Berhajat Beli Jet Peribadi - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*