Ramas Dada & Cium Tangan Pemandu Grab Wanita, 2 Lelaki Warga Asing Dibelasah

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Akibat meramas dada dan mencium tangan seorang pemandu Grab wanita, dua lelaki warga asing dibelasah orang ramai di Bukit Minyak, Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam.

BACA : Penumpang Terminum Air Kencing Pemandu ‘Uber China’

Kejadian yang berlaku sekitar pukul 5.30 petang itu, dua lelaki berusia 23 dan 29 tahun berkenaan menggunakan perkhidmatan Grabcar dipandu seorang wanita berusia 27 tahun kerana mahu pulang ke rumah sewa di Taman Juru.

Pemandu wanita itu mengambil dua lelaki berkenaan yang dipercayai dalam keadaan mabuk di Jalan Stesen Bukit Mertajam dan ketika dalam perjalanan, lelaki berusia 23 tahun telah bertindak melangkah duduk di kerusi penumpang bahagian hadapan dan cuba dihalang mangsa namun tidak berjaya.

Lelaki itu memegang dan mencium tangan mangsa serta menarik badan wanita berkenaan sebelum meramas dadanya, mangsa cuba menghalang, namun suspek sekali lagi melakukannya sebelum wanita berkenaan memberi amaran untuk menghantar mereka ke balai polis berhampiran.

Selepas diberi amaran, lelaki itu tidak lagi bertindak sedemikian sehinggalah rakannya muntah dan dia bertindak agresif dengan menarik badan wanita berkenaan dengan kuat untuk memeluk mangsa serta mencabulnya.

Bimbang kejadian tidak diingini berlaku, pemandu wanita memberhentikan keretanya di Jalan Betik dan meminta lelaki berkenaan untuk keluar dan duduk di kerusi penumpang belakang semula.

Sebaik sahaja memberhentikan keretanya di Jalan Bukit Minyak, mangsa keluar untuk meminta bantuan orang ramai sebelum mereka membelasah dua suspek sehingga cedera di muka.

Dua lelaki itu kemudiannya diserahkan kepada polis sebelum mereka dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan dan direman untuk siasatan lanjut dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

3 Trackbacks / Pingbacks

  1. "Aku Tak Akan Bagi Duit Percuma Kat Kau Melayu Bodoh" - Penumpang Hina Melayu & Islam, Pemandu Grab Buat Laporan Polis - TEHPANAS
  2. Cabul Pekerja Wanita, Leman Raja Lawak Berhadapan Penjara 10 Tahun - TEHPANAS
  3. Cabul Pekerja Wanita, Leman Raja Lawak Berhadapan Penjara 10 Tahun - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*