“Mereka Beri Persembahan Yang Setara & Nyanyian Tidak Sumbang” – Ramli MS Komen Isu Dua Juara GV6

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Keputusan menobatkan Hady Mirza dan Naqiu sebagai juara bersama musim keenam Gegar Vaganza (GV6) malam tadi menimbulkan pelbagai reaksi peminat dan netizen terutamanya dua trofi ’emas’ sudah disediakan dari awal.

BACA : Sering Peluk & Cium Pipi Naqiu, Netizen Tuduh Sham & Naqiu Pasangan Gay, Sham Beri Komen…

Bagaimana pun juri program realiti itu mempertahankan keputusan mereka dan ketua juri, Datuk Ramli MS memberitahu keputusan dibuat selepas mendapati markah dikumpul Hady Mirza dan Naqiu adalah sama iaitu 87 peratus.

“Selepas dicampurkan semua markah juri, Hady dan Naqiu masing-masing mendapat 87 peratus. Saya kena berlaku adil dan tidak bolehlah hendak pilih hanya seorang sebagai juara.

“Mereka memberikan persembahan yang setara dan nyanyian tidak sumbang. Atas faktor itu, saya berpendapat mereka layak bergelar juara.

“Apa salahnya jika kita mengangkat mereka sebagai juara? Saya tak nampak mereka bersaing malam ini (tadi). Apa yang saya lihat, Hady dan Naqiu menyanyi seperti satu keluarga… Nampak keikhlasan mereka,” – jelas Ramli MS kepada Berita Harian.

Ketua Strategi Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad serta dua juri iaitu Hetty Koes Endang dan Datuk Rizalman Ibrahim turut hadir sama dalam sidang media yang berlangsung semalam.

“Saya memang mengharapkan ada aksi beradu kekuatan vokal antara Naqiu dan Hady. Namun, itu tidak berlaku sama sekali. Sebaliknya, nyanyian mereka sangat harmoni. Situasi itu membuatkan saya bingung seketika.

“Mungkin selepas 11 minggu beraksi, mereka menjadi rapat dan ada keserasian. Itu yang membuatkan nyanyian mereka jadi begitu. Mana mungkin saya boleh pilih hanya seorang sebagai juara jika kedua-duanya memberikan persembahan hebat dan mengagumkan,” – Ramli MS.

Sementara itu, menjawab dakwaan konon keputusan mengisytiharkan dua juara sudah dirancang awal berdasarkan dua trofi diterima pemenang, Raqim menjelaskan salah satu daripada trofi yang diberi hanyalah replika yang digunakan dalam sesi fotografi mempromosikan program itu.

“Kita hanya ada satu trofi manakala sebuah trofi lagi adalah replika yang digunakan untuk tujuan promosi. Kebetulan trofi itu memang ada, jadi kita berikan kepada mereka.

“Ini tiada kaitan langsung dengan spekulasi konon keputusan dibuat lebih awal seperti yang diperkatakan di laman sosial. Saya percaya dengan kredibiliti juri. Jika mereka kata dua peserta ini layak bergelar juara, saya hormat keputusan yang dibuat, ” – Raqim Ahmad.

Penghujung GV6 betul-betul membuat penonton dan peminat terkejut dengan mengumumkan Hady dan Naqiu sebagai juara bersama. Manakala Jatt, mendapat tempat ketiga, Nurfatima (keempat), One Nation Emcees (kelima) dan Sham Visa (keenam).

Sering Peluk & Cium Pipi Naqiu, Netizen Tuduh Sham & Naqiu Pasangan Gay, Sham Beri Komen…

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*