BTS Datang Ke Malaysia, Ramli Sarip Sokong & Peminat K-Pop Gembira Serta Teruja

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Penyanyi legenda Ramli Sarip, tidak seperti artis tempatan lain yang tidak berpuas hati apabila Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq menyuarakan hasrat untuk membawa masuk kumpulan K-Pop BTS sempena Hari Melawat Malaysia 2020.

BACA : Artis Malaysia Tidak Puas Hati K-Pop BTS Datang Malaysia

Ramli Sarip menyokong hasrat Syed Saddiq untuk membawa masuk kumpulan BTS ke negara kita namun takut juga untuk mengatakan ‘suka’ perkara tersebut kerana nanti ada yang mempertikaikan kenapa menggalakkan perkara itu pada usianya sekarang.

Ramli Sarip menjelaskan dia sangat terbuka mengenai hal ini, jika persembahan itu mencolok mata, barulah fikirkan undang-undang.

“BTS sudah menakluk dunia dan menjelajah negara besar termasuk China, Amerika Syarikat (AS) dan kita tidak boleh samakan mereka dengan artis tempatan. Sejujurnya, persembahan kita boleh sampai tak sebagaimana mereka lakukan dan ada tak orang nak tengok?

Kumpulan itu bekerja terlalu keras, malah produksi mereka sangat profesional hingga acara anugerah berprestij di AS pun menjemput mereka. Pasti ada yang sangat istimewa mengenai BTS dan itu realiti perlu diterima.” – Ramli Sarip

Ujar Ramli Sarip lagi, sekiranya hendak memberi komen, biarlah ada alasan yang sangat kukuh dan jika muzik K-Pop diberi ruang yang logik dan tidak bercanggah dengan garis panduan diberikan, itu semua tiada masalah.

Mengetahui sahaja Ramli Sarip memberi sokongan padu kumpulan BTS yang dibawa masuk ke Malaysia nanti, netizen yang sudah pasti peminat tegar K-pop gembira dan memuji Ramli Sarip seorang yang sangat berilmu tinggi.

Anneyong! Oppa!

Sumber : Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*