Redah Hujan Panas Demi Hantar Laptop Tapi Anak Beri Banyak Alasan Tak Mahu Jumpa

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Sanggup meredah hujan dan panas demi untuk menghantar laptop milik anaknya yang belajar di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), namun harapan ibu dan bapa gadis itu kecewa apabila anaknya enggan bertemu dengan mereka.

BACA : Anak Gali Kubur Ibu Kerana Terlalu Rindu, Bawa Mayat Ibu Balik Ke Rumah

Menurut seorang pengguna Facebook, Zunnur Aiman Nurikhan yang berkongsikan cerita itu, dia pada mulanya terserempak dengan pasangan tersebut berdekatan Restoran Jejantas Ayer Keroh semasa suami isteri itu dalam perjalanan pulang semula ke Batu Pahat.

Zunnur mendedahkan gadis yang dikenali sebagai Siti Syahirah itu meminta ibu dan bapanya meninggalkan laptop terbabit di pondok jaga selepas mereka sampai di kolej tersebut jam 3 petang Jumaat lepas.

Sebelum itu, pasangan itu juga cuba menghubungi rakan baik anak mereka selepas Siti Syahirah didakwa kehilangan handphone, bagaimanapun anak gadis mereka itu itu memberi bermacam-macam alasan untuk berjumpa dengan ibu bapanya.

Disebabkan perbuatan gadis itu membuatkan Zunnur memuat naik perkara tersebut di Facebook dan menjelaskan dia dan rakannya follow pasangan tersebut hingga ke rumah mereka kerana bimbang dengan keselamatan mereka.

Siti Syahirah Binti Md Daim Mohon Maaf

Dalam pada itu, individu menggunakan akaun Amir Othman memuatnaik rakaman video memaparkan gadis yang dikaitkan dengan cerita itu memohon maaf kepada semua yang terlibat dan mendedahkan perkara sebenar.

Video Siti Syahirah Binti Md Daim Mohon Maaf

So, Siti Syahirah bt Md Daim has spoken.Truth to be told, Kak Su IS Syahirah.I have met with this student of KUIS. Apparently MPP of KUIS and KUIS themselves didn't have enough information, but still went ahead with a half-truth story.KUIS, you need to say sorry and write a statement retracting your half-baked writing to Zunnur Aiman Nurikhan.Here's a video from Syahirah herself. I specifically asked her to wear that in order to conceal her identity.I take that the case is close now. I'll write something later.And I do hope she'll see this, and remember what you promise me to.

Dikirim oleh Amir Othman pada Senin, 16 Desember 2019

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*