Lesu & Tidak Ceria, Remaja Ditembak Polis Mahu Makan Sup Ayam

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Remaja yang cedera di lengan kiri akibat ditembak oleh anggota polis trafik bulan lalu dilaporkan semakin stabil selepas menjalani dua pembedahan dan kini sedang menjalani rawatan fisioterapi.

Menurut ibu remaja tersebut, Hashimah Mahmood memberitahu yang anaknya, Mohamad Alif Aiman Anuar sudah mula mampu menggerakkan jari tangannya perlahan-lahan kecuali ibu jari.

Jelasnya lagi, anaknya yang bekerja sebagai tukang paip itu kini mengalami sakit tekak dan kurang selera makan akibat kesan pengambilan ubat yang banyak.

“Alhamdulillah, Alif nampak stabil cuma dia kurang selera makan, semalam dia minta hendak makan sup ayam. Jadi, hari ini saya akan sediakan untuknya.

“Mungkin kerana terlalu lama berada atas katil, Alif nampak lesu dan tidak ceria tapi sebagai ibu saya tidak putus-putus memberi semangat kepadanya,” – Hashimah Mahmood .

Hashimah memberitahu kepada Harian Metro,  setakat ini Alif menjalani pembedahan kedua pada minggu lalu adalah paling menyakitkan sehingga dia masih mengadu sakit setiap malam.

Mengenai hajat dia untuk memfailkan saman terhadap anggota polis tersebut, dia mengatakan saman tetap akan diteruskan untuk masa depan Alif.

Manakala anggota trafik yang melepaskan tembakan itu sudah ditugaskan ke bahagian pengurusan dan semuanya masih dalam siasatan memandangkan banyal laporan yang belum diterima pegawai penyiasat untuk lengkapkan siasatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Trackback / Pingback

  1. Lesu & Tidak Ceria, Remaja Ditembak Polis Mahu Makan Sup Ayam - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*