Remaja Ditetak Gara-gara Game Mobile Legends

Biasa kita dengar permainan PUBG yang selalu disalahkan sekiranya berlakunya jenayah sehinggakan sesetengah negara mengharamkan permainan tersebut untuk rakyat mereka.

BACA : PUBG Mobile Punya Pasal, Seorang Lelaki Terminum Air Asid

Kali ini, permainan Mobile Legends telah menyebababkan seorang tangan remaja lelaki hampir putus kerana bermain Mobile Legends bersama sepupu perempuan suspek di Kampung Tinusa Dua, Sandakan, Sabah Rabu lalu.

Kejadian yang berlaku lebih kurang jam 10.20 malam itu, suspek dikatakan berang dengan remaja berusia 18 tahun itu kerana dipercayai tidak puas hati dengan tindakan mangsa datang ke rumahnya.

Suspek kemudian menyerang mangsa dengan parang sehingga menyebabkan kecederaan putus urat di jari manis dan tengah di tangan kanannya.

Usaha mengesan suspek giat dijalankan manakala siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*