“Saya Bukan Minta Zakat Fakir Miskin” – Reza Hasbi Sedih Masih Dituduh Pemalas

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Pelakon Reza Hasbi sedih apabila masih dikecam oleh netizen gara-gara luahan mengenai kesempitan hidup sehingga merancang membuat permohonan bantuan di pusat zakat pada hujung Mei lalu.

BACA : “Aku Ambil Upah Buat Siling Rumah Orang” – Reza Hasbi

Walaupun sudah sebulan berlalu, dia masih menerima mesej berbentuk sindiran daripada netizen yang mempersoalkan niatnya meminta bantuan zakat dan beranggapan dia seorang yang pemalas dan cuba mengambil hak orang lain yang lebih susah.

Salah satu babak lakonan Reza Hasbi dalam drama terbaru

“Setelah sebulan berkongsi cerita mengenai kesempitan hidup, masih ada netizen yang sindir dan perli-perli saya serta keluarga di laman sosial kononnya pemalas dan nak ambil hak orang lain yang lebih susah.

“Sebenarnya, saya bukanlah nak minta zakat yang diperuntukan untuk orang fakir miskin, sebaliknya hanya terfikir untuk memohon zakat bagi memulakan perniagaan atau apa-apa yang sesuai dengan keadaan saya.

“Saya pun masih sedar diri dan tak akan ambil hak orang lain. Ada orang lebih susah dan layak untuk menerima zakat itu,” – Reza Hasbi.

Menurut Reza, dia bersyukur menerima beberapa tawaran berlakon drama dan filem serta walaupun hanya watak sampingan, memetik mStar.

Selain itu, dia juga membantu menjual produk milik seorang usahawan dan ikon fesyen terkenal untuk menjana pendapatan untuk keluarga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*