“Diam Bermaksud Mengiyakan Kebohongan” – Rihana Oksana Tak Akan Mengalah

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Kontroversi antara Ratu cantik Rusia, Rihana Oksana Gorbatenko Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V belum berakhir dan Rihana mendedahkan dia tidak akan tunduk kepada provokasi dan akan terus mempertahankan maruah keluarganya.

BACA : Rihana Oksana Cabar Sultan Kelantan Buat Ujian DNA Untuk Buktikan Status Anak

Menerusi Instagram miliknya, dia memuat naik foto dirinya bersama kaspyen yang ke arah menyentuh soal artikel terbaru di media yang menurutnya tidak sah.

“Artikel-artikel terbaru yang disiarkan oleh media adalah tidak sah. Saya tidak akan tunduk kepada provokasi…

“Berdiam diri membawa maksud saya mengeyakan kebohongan. Anak, keluarga dan seluruh dunia sedang melihat saya, dan saya tak berhak untuk mengalah,” – tulis Rihana di Instagram.

Sebelum ini, laporan media antarabangsa termasuk The Daily Mail mendedahkan kawan Rihana, Liliya Nastaeva mencabar Sultan Kelantan menjalankan ujian DNA untuk membuktikan status Leon, bayi yang baru sahaja dilahirkan oleh Rihana.

“Ketika mendapat tahu mengenai berita perceraian itu, saya dan Leon berada di rumah kami di Rusia. Saya tak menerima sebarang sepina atau surat mahkamah.

“Keduanya, suami saya seorang Muslim yang baik, dia tidak akan membuat tindakan sedemikian tanpa pengetahuan saya.” – tulis Rihana dalam Instagram.

Posting terbaru Rihana Oksana Gorbatenko di Instagram

Menurut Rihana, semasa mendapat tahu berita penceraian itu, dia dan anaknya berada di rumah mereka di Rusia dan dia tidak menerima sebarang sepina mahu pun surat mahkamah.

Rihana juga mengatakan suaminya seorang Muslim yang baik dan tidak mungkin akan membuat tindakan sedemikian dan menegaskan dia tidak berhak untuk mengalah.

Rihana Oksana Cabar Sultan Kelantan Buat Ujian DNA Untuk Buktikan Status Anak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Rihana Oksana Tuntut Rumah Agam RM41.2 juta & Nafkah Anak RM123,000 Sebulan - TEHPANAS
  2. Rihana Oksana Tuntut Rumah Agam RM41.2 juta & Nafkah Anak RM123,000 Sebulan - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*