Cuci Kaki, Ikat Rambut, Potong Kuku – Risteena Dedah Isa Khan Seorang Yang Romantis

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Mengimbau kembali detik terindah bersama tunangnya Isa Khan, pelakon Nur Risteena Munim mendedahkan dirinya sebagai wanita bertuah kerana dipertemukan dengan pelakon lelaki tersebut.

BACA : Langgar Kontrak, Azrel & Risteena Disaman RM1.5 Juta

Pelakon wanita berusia 30 tahun itu mendakwa terlalu banyak memori indah yang tercipta dan berharap detik-detik indah itu akan berkekalan sepanjang perhubungan mereka.

Hampir sebulan mengikat tali pertunangan, Risteena berkongsikan video pendek menerusi Instagram miliknya yang memaparkan setiap momen indahnya bersama Isa Khan semasa zaman bercinta.

“Throwback zaman bercinta.

“Terlalu banyak yang kami lalui bersama walaupun dalam masa yang singkat. Tak sangka saya berjumpa dengan seseorang macam dia dalam hidup saya.

“Perasaan cinta yang terlalu dalam membuatkan saya seseorang yang istimewa dalam hidup dia. Terlalu banyak memori indah yang takkan dilupakan.

“Janji dia pada saya, akan menjadikan saya wanita paling bahagia di dunia ni. Teruskan menjadi orang yang sama saya jatuh cinta dulu,” – tulis Risteena di Instagram.

Video berdurasi hampir tiga minit yang memaparkan aksi romantis pasangan itu mendapat perhatian netizen sehingga mendapat lebih 200,000 tontonan dan ratusan komen.

Langgar Kontrak, Azrel & Risteena Disaman RM1.5 Juta

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*