RM10,000 Ganjaran Dedah Di Mana Jamal ‘Jamban’

06/06/2018

Misteri kehilangan Jamal ‘Jamban’ masih menghantui ramai pihak kerana sehingga sekarang masih gagal dikesan dan belum menyerahkan diri kepada pihak polis.

BACA : Jamal ‘Ghaib’ Dari Hospital Selepas Didakwa 3 Pertuduhan

Namun, menurut Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, seorang individu menawarkan ganjaran RM10,000 kepada mereka yang mempunyai maklumat di mana lokasi persembunyian Jamal.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, ada seorang individu menawarkan ganjaran RM10,000 kepada mereka yang mempunyai maklumat persembunyian Jamal.

“Seorang warga marhaen melalui saya ingin menawarkan ganjaran RM10,000 kepada sesiapa yang mempunyai maklumat sahih mengenai tempat persembunyian Ketua Umno Bahagian Sg Besar, Jamal Md Yunos yang kini dalam buruan pihak polis,” – Lim Lip Eng (Twitter).

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos itu didakwa telah melarikan diri ke Indonesia dan pihak polis meminta sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat untuk menyalurkan kepada pihak polis.

Carian Anda :

Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: