RM2 Juta Disamun, Van Dilarikan

28/10/2014

Wang tunai sebanyak RM2 juta yang dibawa oleh sebuah van keselamatan disamun di Taman Equine di Seri Kembangan pada jam 9 malam tadi.

Empat pekerja terbabit baru selesai mengutip wang tunai di beberapa buah bank di kawasan itu sebelum berhenti di sebuah restoran untuk makan malam.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Razimi Ahmad berkata, tiga pekerja terbabit keluar manakala seorang lagi tidur di dalam van tersebut dan mendakwa didatangi dua lelaki yang bertindak mengikatnya lalu melarikan van bersama wang tunai sejauh dua kilometer dari lokasi.

 

“Setakat ini polis menahan keempat pekerja terbabit untuk siasatan,” katanya.

Katanya, polis akan melakukan siasatan menyeluruh bagi mengenalpasti mereka yang terlibat.

“Keempat pekerja terbabit kini direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.


Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Terima Kasih.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: