RM645 juta Untuk Bonus Penjawat Awam Esok

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Setiap awal dan hujung tahun, sudah pasti yang menggembirakan rakyat Malaysia adalah bonus. Tetapi yang paling gembira sudah pasti kira-kira 1.6 juta penjawat awam dan sejuta pesara kerajaan yang akan menerima bonus masing-masing sebanyak RM500 dan RM250 pada esok hari.

Selaras pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat, pada 23 Oktober lalu, sebanyak RM645 juta akan dihabiskan untuk bonus kepada penjawat awam.

Bagi kakitangan yang meninggal dunia antara 1 Januari hingga 31 Disember 2015, mereka turut layak menerima pemberian sebanyak RM500 tertakluk kepada beberapa syarat termasuk sudah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari.

Tahniah kepada semua penjawat awam, dan kepada sesiapa yang kerja swasta dan bekerja sendiri, selamat terngaga dan menyumpah seranah kepada bla bla bla… Hehehe…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*