Rogol Anak 3 Kali Seminggu Sejak 6 Tahun Lalu, Seorang Bapa Diburu Polis

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seorang lelaki menjadi buruan pihak polis apabila anaknya membuat laporan polis atas kegiatan merogol mangsa yang dilakukan sejam enam tahun lalu.

BACA : Muat Naik Video Aksi Rogol Bayi Perempuannya, Lelaki Ini Dipenjara 70 Tahun

Menurut pihak polis, suspek yang berusia 39 tahun dan tinggal di Cheras itu mula melakukan perbuatan terkutuk berkenaan, sejak anaknya berusia tujuh tahun lagi.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof memberitahu susulan tidak tahan dengan perbuatan bapanya itu, mangsa yang kini belajar di tingkatan satu kemudian menceritakan kejadian kepada gurunya.

Mangsa bersama gurunya itu kemudian membuat laporan polis pada 5.30 petang, Khamis lalu.

“Menerusi keterangan, mangsa memaklumkan bahawa padanya mulanya suspek hanya bertindak meraba badan mangsa.

“Kemudian, suspek semakin berani apabila merogolnya sebanyak tiga kali seminggu,” – jelas Ahmad Dzaffie kepada Harian Metro.

Menurut mangsa, bapanya mengugut akan memukul isterinya, jika mangsa menceritakan perbuatan itu kepada ibunya menyebabkan dia terpaksa merahsiakan perkara terbabit.

Hasil pemeriksaan perubatan juga mengesahkan terdapat kesan koyakan dan kesan melecet pada bahagian kemaluan mangsa yang kini dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Susulan laporan polis, suspek sudah melarikan diri. Justeru, polis memerlukan bantuan orang ramai bagi mengesan suspek,

“Orang ramai boleh menghubungi pegawai penyiasat di talian 019-2299906 atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran, – Ahmad Dzaffie.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376B kanun Keseksaan (sumbang mahram).

Rogol Pengantin Baharu, Lelaki Ini Berhadapan Penjara Maksimum 30 Tahun & Sebatan

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Lelaki Dakwa Dirogol Di Sebuah Lorong, Suspek Pemuda 25 Tahun Ditahan Polis - HOIVIRAL
  2. Murid Tahun 5 Rogol Kakak Saudara, Mengaku Sudah Lakukan 4 Kali - HOIVIRAL

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*