Rumah Diserbu Polis Gara-gara Bau Belacan Bakar

Baru-baru ini di Twitter, seorang lelaki berkongsikan cerita lucu mengenai rakan isterinya yang yang sanagt teruja apabila mendapat belacan ketika menetap di Perancis. Maklumlah, mana nak cari belacan kat Perancis ‘kan…

BACA : Penduduk Minum Air Mayat Gadis Cantik Selama Setahun

Sebaik mendapat belacan, kawan isterinya terus membakar belacan untuk membuat sambal belacan namun terbantut apabila rumah kawan isterinya diserbu polis selepas menerima aduan daripada jiran yang mendakwa terhidu bau mayat dari rumah tersebut.

Netizen yang lain masing-masing berkongsikan pengalaman yang sama membabitkan ‘belacan’ dan seorang netizen memberitahu rakannya pernah dihalau keluar berikutan aduan jiran yang tidak sukakan bau belacan.

Ada juga netizen yang memberi cadangan supaya menyuruh polis dan jiran mereka merasa sambal belacan sekiranya rumah mereka diserbu lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*