Running Man Datang Ke Malaysia, Sarawak Menjadi Pilihan Lokasi Penggambaran

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Rancangan Running Man yang paling diminati di Korea dan sangat popular di Asia termasuklah negara kita Malaysia akan membuat penggambaran di Tasik Bakun, Sarawak yang dikatakan mempunyai landskap yang cukup menarik dengan kepelbagaian biodiversiti.

Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh pengarah Running Man yang sedang mencari lokasi yang sesuai untuk penggambaran RunningMan dan memandangkan rating rancangan Running Man di Malaysia sangat memuaskan menyebabkan beliau ingin membuat penggambaran di Malaysia.

Pengarah Running Man bersama crew Running Man akan datang meneliti lokasi di Tasik Bakun, Sarawak yang juga untuk menghadiri Festival Filem Antarabangsa Asia (AIFFA 2015) yang berlangsung pada 9 hingga 11 April ini.

Sebelum ini, selebriti Running Man yang terdiri daripada Yoo Jae Suk, Kim Jong Kook, Lee Kwang Soo, Song Ji Hyo, Kang Gary, Ha Ha dan Ji Suk Jin, datang ke Malaysia untuk program bertemu berminat sahaja dan kali ini, diharap Running Man akan membuat penggambaran permainan Running Man di Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

5 Comments

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Lari : Misi Mr. X – Running Man Versi Malaysia Di TV9
  2. Running Man, Program Popular Tambah Dua Ahli Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*