Running Man, Program Popular Korea Tambah Dua Ahli Baru

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Sesiapa yang mengikuti rancangan popular Korea, Running Man mungkin mengetahui yang program tersebut semakin membosankan selepas pertukaran pengarah (PD) yang baru dan pengunduran Kang Gary dari program tersebut.

BACA : Running Man Datang Ke Malaysia, Sarawak Menjadi Pilihan Lokasi

Mungkin untuk menaikkan semula keghairahan Running Man ini yang mempunyai peminat di seluruh negara, SBS mengambil keputusan untuk menambah dua ahli di dalam Running Man.

Dua ahli baru yang diumumkan oleh SBS ialah pelawak Yang Se Chan dan pelakon Jeon So Min yang akan memulakan penggambaran Running Man pada 7 April ini.

Ini bermakna Running Man kini mempunyai  lapan orang ahli termasuk ahli-ahli yang sedia ada, Yoo Jae Suk, Song Ji Hyo, HaHa, Lee Kwang Soo, Ji Seok Jin dan Kim Jong Kook.

Tetapi peminat sebenarnya inginkan corak permainan di dalam Running Man yang lama, dan kalau boleh biarlah Nickhun diambil untuk menjadi ahli baru memandangkan Nickhun kerap menjadi artis jemputan di dalam Running Man.

Ahli baru Running Man, Yang Se Chan dan Jeon So Min

ArtisBuzz – Selepas Kang Gary keluar dari Running Man, semakin boring. Lepas tu gosip Jong Kook dan Ji Hyo nak keluar jugak, bertambahlah kurang kehangatan…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Trackback / Pingback

  1. Perangai Sebenar Lee Kwang Soo Didedahkan Oleh Sung Doo II

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*