“Saya Dah Start Masuk Tandas Lelaki” – Safiey Illias Mohon Bagi Ruang Padanya

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Baru-baru ini, usahawan kosmetik Safiey Illias telah menjalani pembedahan membuang payudara palsu atau implan silikon kerana mahu tampil semula menjadi lelaki.

BACA : “Kawan Ada Yang Halang” – Safiey Illias Selesai Buang ‘Payudara Palsu’ Implan Silikon Kali Kedua

Namun, mungkin tertekan dengan peminat dan netizen meminta dirinya yang mahukan perubahan secara drastik, dia tampil menjelaskan untuk memberi ruang kepadanya.

Menerusi Instagram miliknya, Safiey dia berhijrah bukan untuk menjadi seorang ustaz tetapi untuk kembali ke fitrah asalnya iaitu menjadi lelaki.

Menurut Safiey lagi, dia tetap manusia biasa yang berdosa namun dia berjanji akan memakai pakaian lelaki walau kemana sahaja dia pergi, namun dia meminta maaf kerana masih membawa handbag.

“Sama-sama kita jadikan hari esok lebih baik daripada hari ini. Maaf la kalau nampk saya pakai handbeg , tapi saya dah start masuk tandas lelaki,” – tulis Safiey Illias di Instagram.

Malah, Safiey juga mengaku sudah mula menggunakan tandas lelaki dan meminta netizen agar memberi ruangnya untuk penghijrahannya kali kedia ini.

Selain itu, Safiey juga meminta maaf sekiranya melakukan kesilapan dan tidak mahu netizen berharap terlampau tinggi memandangkan dia masih mencari hidayah.

Dalam pada itu, perkongsian Safiey mendapat pelbagai reaksi positif daripada netizen dan reaksi negatif turut ada ditinggalkan oleh netizen yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Trackback / Pingback

  1. "Masa Untuk Kembali..." - Upload Gambar Imej Wanita, Netizen Syak Safiey Illias Kembali Pondan - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*