“Maybe Ada Satu Keputusan Yang Mengecewakan….” – Safiey Illias

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Sebelum ini jutawan kosmetik Safiey Illias ada berkongsi satu gambar dirinya masih berimejkan wanita di Instagram yang menimbulkan pelbagai sepkulasi di kalangan peminat dan followers di media sosial itu.

BACA : “Masa Untuk Kembali…” – Upload Gambar Imej Wanita, Netizen Syak Safiey Illias Kembali Pondan

Terbaharu, penyanyi lagu Syinta Gila itu berkongsi foto ibu dan bapanya di Instagram dengan kapsyen seolah-olah Safiey kesal dengan satu keputusan yang bakal diumumkannya tidak lama lagi.

“Maybe ada 1 keputusan yg mengecewakan . Berbelah bahagi dan buntu . Masa semakin suntuk . Maafkan jika ku x sempurna . Maafkan aku jika hasrat ku keliru.” – tulis Safiey Illias di Instagram.

Apa yang menarik, rata-rata netizen memberi komen yang positif kepada Safiey dan mendoakan dirinya supaya tidak kembali kepada mak nyah semula.

Bagaimana pun, kita tunggu dan lihat apa yang akan didedahkan oleh Safiey Illias ini nanti. Adakah dia akan mengeluarkan produk terbaharunya?

Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*