“Memang Sah Tulang Manusia” – Isu Penemuan Tulang di Kawasan Acap Hilang

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Tulang manusia yang dijumpai baru-baru ini di Gua Kandu, Gopeng, di kawasan Acap hilang tempoh hari telah disahkan oleh pihak polis adalah tulang manusia.

BACA : Cari Acap Ikut Cara Orang Kampung

Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Hasron Nazri Hashim memberitahu bedah siasat mendapati ia adalah tulang manusia yang lama dengan keadaannya yang sudah reput dan serpihan itu akan dihantar ke Jabatan Kimia di Petaling Jaya, Selangor, untuk padanan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

“Kita sudah mengambil spesimen darah salah seorang ahli keluarga Mohammad Ashraf Hassan di Hospital Kampar” – KPD Kampar

Padanan DNA yang akan dibuat adalah untuk membuktikan kaitan penemuan tulang itu dengan kehilangan Acap namun keputusan ujian DNA itu nanti dijangka mengambil masa sebulan hingga dua bulan sebelum ia boleh disahkan.

Sumber : MyMetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*