“Sajat Bukan Khunsa” – Wanita Bantu Tukar Maklumat Jantina Dituduh Menipu

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seorang wanita yang bernama Yusmiliati Mohamed Yusof merupakan runner yang dipercayai membantu menguruskan proses menukar jantina Sajat dalam MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPNMM).

BACA : Sajat Disaman RM200 Ribu, Siti Kasim Pilihan Sajat Jadi Peguam

Sajat atau nama sebenar Muhammad Sajjad Kamaruzzaman mula berjumpa dengan Yusmiliati sekitar Jun 2017 hasil perkenalan oleh rakan Yusmiliati untuk berbincang mengenai proses pertukaran jantina Sajat daripada lelaki kepada perempuan.

“Saya bukan bersubahat memalsukan dokumen pertukaran jantina Sajat, sebaliknya sekadar membantu menguruskan proses tersebut di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPNM).

“Saya membantu menguruskan dokumen bagi menukar maklumat jantina dalam kad pengenalan asalnya mengikut syarat yang dinyatakan JPN.

“Bagaimanapun Sajat gagal menyediakan dokumen rasmi perubatan yang mengatakan dirinya khunsa, ia menyebabkan permohonan tersebut ditolak,” – Yusmiliati Mohamed Yusof.

Gara-gara gagal menukarkan jantina tersebut telah menyebabkan Sajat tidak berpuas hati dan menuduh Yusmiliati menipu duit bayaran bagi proses berkenaan pada Ogos 2017, memetik mStar.

Yusmiliati juga memberitahu dia beberapa kali bertemu dengan Sajat dan pembantunya, Ashaari Maznan bagi mendapatkan pertolongan menguruskan dokumen berkaitan permohonan itu.

“Dia beritahu mahu menukar maklumat jantina kerana ingin berkahwin. Saya cuba bantu uruskan berdasarkan dokumen-dokumen yang dia sediakan,” – Yusmiliati Mohamed Yusof.

Bukan Sajat seorang sahaja yang mahu menukarkan maklumat jantina, malah pembantunya juga turut mahu menukar maklumat jantina dalam MyKad.

Yusmiliati Mohamed Yusof dedah bukti proses Sajat tukar maklumat jantina dalam MyKad

Bengang kerana Yusmiliati gagal membantu untuk memproses pertukaran maklumat jantina, Sajat dan pembantunya telah membuat laporan polis terhadap Yusmiliati pada 29 Ogos 2018 atas tuduhan menipu.

Atas laporan tersebut, Yusmiliati ditahan reman selama empat hari pada 1 Januari lalu di Balai Polis Ampang atas kesalahan jenayah di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Yusmiliati turut dituduh di Mahkamah Majistret Ampang atas dua tuduhan iaitu menipu dan kes masih dalam proses sebutan disebabkan dia mengaku tidak bersalah.

Dalam pada itu, Yusmiliati meminta Sajat untuk membuat permohonan maaf menerusi video yang perlu dimuat naik di laman sosial miliknya dalam tempoh 48 jam bermula Isnin dan jika Sajat gagal berbuat demikian, Yusmiliati tidak teragak-agak untuk meneruskan proses saman terhadap Sajat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. "Saya Tak Pernah Minta Tukar jantina" - Sajat Tak Kenal Yusmiliati & Enggan Mohon Maaf - TEHPANAS
  2. "Nama Sajat Ada Dalam Laporan Polis" - Gagal Mohon Maaf, Saman Akan Diteruskan - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*