Miliki 19 Produk Tanpa Kelulusan KKM, Nur Sajat Bakal Didenda RM25,000 & Penjara 3 Tahun

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau turut dikenali sebagai Nur Sajat mengaku tidak bersalah atas tuduhan memiliki 19 produk kecantikan tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini.

BACA : Sajat Disaman RM200 Ribu, Siti Kasim Pilihan Sajat Jadi Peguam

Menurut laporan dari MyMetro, Sajat didakwa melakukan perbuatan itu di kedai yang menjalankan perniagaannya di Bandar Baru Uda, Johor Bahru, tahun lalu dan mengikut kertas pertuduhan, sepasukan anggota dan pegawai Unit Farmasi, KKM melakukan pemeriksaan di sebuah premis di Bandar Baru Uda, kira-kira 12 tengah hari, 15 Ogos tahun lalu dan merampas 19 produk kecantikan bernilai hampir RM10,000.

Semasa pemeriksaan dilakukan, Sajat tiada di premis tersebut dan antara produk yang dirampas termasuklah pemutih kulit dan produk kecantikan lain.

Mengikut Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952, jika sabit kesalahan, Sajat boleh didenda maksimum RM25,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan pertama.

Pegawai pendakwa Bahagian Perkhidmatan Farmasi Johor memohon mahkamah menetapkan RM8,000 sebagai wang jaminan dan seorang penjamin berikutan kesalahan dilakukan tertuduh yang serius.

Bagaimanapun, peguam bela Nur Sajat memohon wang jaminan sebanyak RM1,500 dengan alasan anak guamnya tidak pernah ingkar arahan mahkamah tetapi mahkamah menetapkan RM7,000 sebagai jumlah wang jaminan dan seorang penjamin dan 23 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Sajat Tipu Followers di Instagram, Edit Nama Pada Berita Harian Metro - TEHPANAS
  2. Bertudung di Khalayak Ramai, Nur Sajat Bakal Disaman & Digam Kerajaan Kelantan?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*