Sajat Tipu Followers di Instagram, Edit Nama Pada Berita Harian Metro

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Mungkin ramai yang sedia maklum dengan berita semalam apabila Nur Sajat bakal didenda maksimum RM25,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan memiliki 19 jenis produk kecantikan tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

BACA : Miliki 19 Produk Tanpa Kelulusan KKM, Nur Sajat Bakal Didenda RM25,000 & Penjara 3 Tahun

Sebaik sahaja berita tersebut tersebar di akhbar tempatan, Nur Sajat atau nama sebenar Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, telah mengemaskini laman Instagram miliknya dengan memuatnaik screenshot tajuk utama dan gambar berita mengenai dirinya itu.

Apa yang menjengkelkan, Sajat mengubah nama sebenarnya iaitu Muhammad Sajjad Kamaruzzaman kepada nama pondannya iaitu Nur Sajat pada teks perenggan pertama berita tersebut. Pffttt!

Jika korang lihat di sebelah kiri adalah status yang dimuat naik oleh Sajat menerusi Instagram, jelas kelihatan nama pada teks tersebut terpampang nama ‘Nur Sajat Kamaruzzaman‘,

Sedangkan di sebelah kanan adalah screenshot berita yang sama dari MyMetro, ternyata adalah 100% asli dan nama tertulis di situ adalah nama sebenar Sajat iaitu, ‘Muhammad Sajjad Kamaruzzaman‘.

Tetapi, followers Sajat di Instagram tidak cepat melatah kerana rata-rata komen mereka masih positif dan memberi kata-kata semangat kepada ‘idola’ mereka dan memaki semula sesiapa sahaja yang memaki Sajat. Heh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*