Samseng Hentak Cermin Guna Samurai & Suspek Kes Samun Ditangkap Polis

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seorang lelaki berusia 31 tahun yang merupakan lelaki berlagak samseng menghentak samurai pada cermin kereta 3 Jun lalu telah ditangkap polis 5.30 petang semalam di Simpang Renggam bersama tiga lelaki lain.

BACA : Hentak Cermin Guna Samurai, Dua Samseng Sedang Diburu Polis

Lelaki terbabit juga ditangkap atas siasatan mendapati dia adalah suspek kes samun di kawasan Johor Bahru Selatan sebelum ini, lapor Harian Metro.

“Suspek utama ini ditahan bersama tiga rakan yang dipercayai terbabit dalam kes samun.

“Seorang suspek masih bebas dan kami giat mengesannya,” – Polis Johor.

Dengan tertangkapnya lelaki itu mampu menyelesaikan 11 kes jenayah samun di sekitar Johor Bahru dan kes disiasat mengikut Seksyen 427/506 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*