“Saya Akan Buka Instagram Anak Pada Hari Pertama Kelahiran” – Shaheizy Sam

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Teruja dengan kelahiran anak sulung, Shaheizy Sam sudah pun merancang untuk mendaftarkan akaun Instagram anak sulungnya pada hari pertama kelahiran nanti.

Tujuan Shaheizy membuka akaun Instagram anaknya bukan apa, ini semua untuk dia mengabadikan foto kenangan sepanjang anaknya membesar nanti.

“Saya merancang untuk membuka laman Instagram peribadi untuk anak pada hari pertama kelahiran kerana sebagai bapa saya nak melihat proses anak membesar.

“Setidak-tidaknya bila dia sudah dewasa nanti bolehlah dia tengok gambar-gambarnya semasa masih kecil dan ini akan menjadi memori yang cukup indah untuk dikenang semula.

“Kewujudan laman sosial bukan bermaksud saya memberi pendedahan kepada anak mengenai dunia hiburan, sebaliknya saya anggap ia hanyalah ruangan sosial semata-mata,” – Shaheizy Sam.

Shaheizy dan Syatilla Melvin telah berkahwin pada 8 Februari 2016 di Pulau Pinang dan Syatilla dijangka akan melahirkan anak pada bila-bila masa Mei ini.

Shaheizy akui tidak kisah jika anaknya itu turut menjadi perhatian masyarakat seperti anak-anak selebriti yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. (Gambar) Syatilla Melvin Teruja Dengan Maternity Shoot Dalam Tab Mandi Sebelum Bersalin
  2. “Tak Kuasa, Anak Akan Jadi Poyo Kalau Ada Instagram!” – Faezah Elai

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*