“Saya Juga Nak Naik Pentas, Duduk Bawah Sahaja Tak Best, Itu Cara Lama,” – Datuk Seri Vida

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Kecewa dengan rancangan Mentor Milenia 2017 yang didakwa terlalu berkira dan ‘kemut’ untuk mempromosikan produk ketika rancangan berlangsung, Datuk Seri Vida baru-baru ini telah meluahkan perasaan sedih melalui video di laman Instagram miliknya.

BACA : “Nak Sebut Nama Produk Pun Berkira, Apa Guna Menaja”

Datuk Seri Vida menjelaskan tujuannya memuatnaik video tersebut kerana tertekan dan berhadapan dengan masalah kesihatan gara-gara mahu mendapatkan pulangan yang sewajarnya selepas berhabis jutaan ringgit menaja rancangan Mentor Milenia 2017 itu.

Bukan progam atau rancangan itu sahaja, malah situasi berkenaan kerap kali dihadapinya apabila berurusan dengan stesen penyiaran yang disifatkan terlalu kedekut memberi ruang iklan untuknya.

“Setiap kali nak keluarkan tajaan, semestinya saya mahu perjuangkan hak saya. Kita keluarkan duit, tapi terhegeh-hegeh pula merayu nak iklankan produk.

“Sekarang ini saya terpaksa bawa alat ukur tekanan darah setiap kali nak berurusan dengan pihak seperti ini. Hakikatnya saya tak perlu buat tajaan untuk mereka,” – kata Datuk Seri Vida kepada mStar Online.

Datuk Vida menjelaskan selepas ini dia kaan memastikan setiap pelaburan (penaja) yang dikeluarkan olehnya berbaloi.

“Saya kena lebih bijak. Bagi tajaan majlis anugerah kali ini, saya nak pastikan produk saya menjadi sebahagian daripada anugerah.

“Saya juga nak naik pentas, duduk bawah sahaja tak best, itu cara lama,” – Datuk Seri Vida.

Datuk Seri Vida turut menaja Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 3.0? Diharap mendapat pulangan yang sewajarnya ya!

ArtisBuzz – Selepas Datuk Vida muat naik video sedih tu, jika korang perasan barulah berulang-ulang iklan produk Datuk Vida dimainkan dalam Mentor Milenia 2017… Hihihi…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*