“Saya Merayu Agar PM Malaysia dan Penonton Maafkan Saya” – Najip Ali

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Sebelum ini, Najip Ali telah dikecam atas tindakan mempersendakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam rancangan hiburan OK Chope! digesa untuk memohon maaf secara terbuka sebelum Jumaat ini.

Akhirnya, Najip Ali tampil memohon maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia, penonton di Malaysia dan rakan-rakan artis di Malaysia.

“Saya sedar betapa saya tidak sensitif dan (tidak) berhati perut. Saya ingin memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Saya merayu agar beliau, penonton dan rakan-rakan memaafkan saya,” – Najip Ali.

Malah, stesen Mediacorp 5 milik Temasek Holdings turut meminta maaf atas kesilapan tersebut.

Bagi yang ketinggalan, sebenarnya isu ini mengaitkan rancangan hiburan di Singapura, menerusi rancangan itu, pesertanya diminta melengkapkan tajuk berita berkaitan Najib yang dikurangkan satu perkataan iaitu “Najib slams… for treating Malaysia progress”.

Perkataan asal yang dikongskan pada berita itu ialah ‘fake news’.

VIDEO RANCANGAN OK CHOPE! KUTUK PM NAJIB RAZAK

https://www.facebook.com/artisbuzz/videos/851961641608484/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Trackback / Pingback

  1. Najip Ali Dibuang Dari Maharaja Lawak Mega 2017 Serta Merta

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*