“Saya Sejukkan Hati Mat Over Dengan Beri Dia Minum Air Sirap Banyak-banyak” – Zed Zaidi

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Masih lagi kes David Teo ditampar oleh Mat Over pada Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN2050) bersama Perdana Menteri, Najib Razak di mana insiden terbabit tamat dengan pendamaian antara dua pihak.

BACA : Azhar Sulaiman Dedah Kisah Sebenar Mengapa David Teo Ditampar Oleh Mat Over

Tetapi mungkin ramai yang tidak tahu siapa yang bertanggungjawab menjalankan tugas supaya David Teo dan Mat Over berdamai sebelum majlis tersebut selesai bukan?

 

Ya, siapa lagi kalau bukan Zed Zaidi selaku presiden Seniman yang menyelesaikan masalah tersebut on the spot, namun tidak ramai yang tahu.

“Semua sudah diselesaikan on the spot. Mereka sudah meminta maaf dan memaafkan antara satu sama lain. Semuanya happy ending. Orang yang tidak datang memanglah tidak nampak.

“Semasa kejadian itu saya duduk di belakang dan menenangkan Mat Over dan David Teo. Saya sejukkan hati  Mat Over dengan beri dia minum air sirap banyak-banyak, lepas tu saya pergi jumpa David yang ketika itu di tandas dan minta dia bersabar.

“David memang cara dia bercakap begitu, namun orang luar yang tidak rapat dengannya tidak tahu cara dia,” – Zed Zaidi.

Zed Zaidi menjelaskan dia menenangkan dan menyejukkan hati Mat Over dengan memberi dia minum air sirap yang banyak. Manakala David Teo pula, dia berjumpa dengan David Teo di dalam tandas dan menyuruh dia bersabar.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*