Sekatan Akses Google Terhadap Huawei Ditangguh 90 Hari

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Sebelum ini kecoh satu dunia apabila lesen Android ditarik balik oleh Amerika Syarikat terhadap syarikat pengeluaran peranti Huawei.

Penarikan tersebut sudah pasti memberi impak yang sangat besar terhadap semua pengguna peranti daripada jenama Huawei kerana pengguna tidak akan dapat mengakses aplikasi-aplikasi yang dijana oleh Google seperti Google Play, Youtube, Gmail dan banyak lagi.

Namun, mengikut laporan dari portal Reuters, kerajaan Amerika Syarikat telah melonggarkan sekatan yang dikenakan ke atas Huawei China dan Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat telah menangguhkan sekatan tersebut selama 90 hari.

Dalam tempoh tersebut, Huawei masih dapat meneruskan urusan jual beli barangan buatan Amerika dan ini bertujuan untuk mengekalkan rangkaian sedia dan membolehkan peranti sedia ada untuk mengemas kini perisian telefon yang sedia ada.

Walaupun sekatan tersebut telah dilonggarkan, namun syarikat pengeluaran Huawei itu masih dilarang untuk membeli komponen daripada Amerika dengan tujuan pengeluaran baru tanpa kelulusan lesen.

Ini bermakna peranti Huawei yang sedia ada sekarang dapat mengakses seperti biasa tanpa sebarang sekatan sehingga 19 Ogos nanti. Mungkin?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*