Hasil RM9 Juta Setahun, Selangor Bakal Jadi Negeri Pertama Tanam Ganja?

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Mungkin ramai yang tidak tahu di Malaysia boleh menanam pokok ganja bagi tujuan perubatan dan kajian dengan syarat mendapat kebenaran daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlebih dahulu.

BACA : “Farid Kamil Kena Sabotaj, Ada Orang Masukkan Ganja…”

Terbaru, ADUN Jeram, Mohd Shaid Rosli telah mencadangkan kepada kerajaan Selangor mempertimbangkan penanaman ganja di negeri itu bagi tujuan perubatan memandangkan negeri Selangor berpotensi untuk menjadi pengeluar terbesar ganja di seluruh dunia.

Dia mendedahkan lagi bahawa Akta Dadah Merbahaya 1952 telah menyatakan bahawa mana-mana jabatan kerajaan boleh membuat penanaman ganja bagi tujuan perubatan dan tanaman ganja boleh memberi pulangan besar sehingga RM9 juta setahun. Wow!

“Izinkan saya memberi contoh. Anda boleh mendapat RM3,000 seekar dalam setahun untuk minyak sawit. Tetapi ganja boleh membawa hasil pulangan sehingga RM9 juta setahun … satu ekar dengan tiga kali ganda jumlah hasil akan dikeluarkan setahun.

“Dan sekiranya Selangor dapat mengusahakan lebih daripada 100 ekar, kita akan jadi pengeluar terbesar di negara ini yang turut memberi pulangan lumayan,” – Mohd Shaid Rosli.

Mengecewakan apabila cadangan itu dibantah oleh ADUN Ijok, Dr Idris Ahmad yang mempersoalkan masalah penyalahgunaan ganja yang mampu menghasilkan dadah lain seperti candu dan morfin.

Mengakui perkara itu, Mohd Shaid mencadarkan agar lokasi bagi penanaman dan pemprosesan dilaksanakan di satu kawasan dan hanya boleh diakses oleh pihak tertentu sahaja.

Tak lama lagi Malaysia akan mengikut jejak langkah Thailand menghalalkan ganja untuk tujuan perubatan dan akan menjadi pengeluar terbesar ganja di seluruh dunia. Syabas!

Psstt… adakah ketum juga akan ‘dihalalkan’ di Malaysia?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*