Selepas Kena Kritik Teruk Isu Parking, Iqram Dinzly Mengalah & Minta Maaf

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Selepas dikecam mengenai isu parking kereta sesuka hati di Langkawi, Iqram Dinzly akhirnya meminta maaf atas kesilapannya walaupun memuatnaik gambar bersama nota kecaman dengan kapsyen yang seolah-olah tidak bersalah tempoh hari.

BACA : Kereta Halang Jalan, Iqram Dinzly Dikecam ‘Kereta Besar Otak Kecik’

Iqram Dinzly memberitahu dia meletakkan keretanya di bahu jalan di Pekan Kuah, Chenang Langkawi itu kerana tidak berapa tahu jalan di Langkawi dan dia nampak kereta lain pun meletakkan di tempat yang sama.

Dia tidak tahu jalan tempat dia meletakkan keretanya adalah jalan utama kerana menyangka jalan tersebut adalah jalan sehala.

“Demi Allah saya tak tahu itu laluan utama kenderaan kerana saya sangka ia jalan sehala” – Iqram Dinzly

Rasa-rasanya kalau Iqram memuat naik gambar nota tersebut di laman Instagram dan terus meminta maaf, rasa-rasanya isu ini akan terhenti dan sudah pasti ramai yang memuji tindakannya jika meminta maaf.

Selepas kena kecam dan dikritik teruk oleh netizen, barulah meminta maaf dan memberitahu kapsyen di Instagram hanyalah gurauan. Tak macam gurauan pun ayat tu bro…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*