Gara-gara Cinta Terhalang, Selfie Sebelum Bunuh Diri

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seorang lelaki dan teman wanitanya yang sudah berkahwin didakwa bergambar dengan pistol diacukan di kepala sebelum membunuh diri.

BACA : Berang Dimarah Suami, Wanita Rakam Video TikTok Bunuh Diri Minum Racun

Pasangan kekasih malang itu dikenal pasti sebagai Anju Suthaar dan Shamkar Chaudhary, masing-masing berusia 21 tahun.

Menurut laporan Mirror.co.uk, kedua-dua pasangan kekasih itu memuatnaik gambar tersebut buat kali terakhir di media sosial sebelum membunuh diri.

Mereka juga turut meninggalkan rakaman audio yang memaklumkam mereka jatuh cinta antara satu sama lain walaupun perempuan tersebut sudah berkahwin hampir dua bulan.

Kejadian yang berlaku di perkampungan Leelasar di Leelasar mengejutkan pihak polis kerana pasangan tersebut memperoleh pistol terbabit.

Polis masih menyiasat rakan dan keluarga mereka dari mana sumber pistol tersebut diperoleh dan siasatan mendapati pasangan kekasih itu dilaporkan mabuk sebelum membunuh diri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*