“Semua Kedai Mamak Memang Macam Ini Kotor, Mereka Cuma Menjaga Kebersihan Di Tempat Makan Sahaja”

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Sebuah restoran nasi kandar terkenal di Pulau Pinang antara dua buah restoran yang diarahkan tutup dua minggu selepas didapati kotor terutamanya di bahagian dapur restoran berkenaan terdapat najis dan bangkai tikus serta lipas berkeliaran terutamanya di bahagian stor dapur.

BACA : (Gambar) Misteri Hantu Helmet Di Kedai Mamak

Dalam operasi jam 10 pagi hingga 1 tenghari itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di Jalan Penang dapati ketiga-tiga buah restoran tersebut tidak begitu memuaskan tahap kebersihan.

Menurut komen nitizen di laman sosial Facebook mendakwa restoran nasi kandar terkenal yang tidak dinyatakan tersebut adalah restoran nasi kandar Line Clear. Alamak!

“Semua kedai Mamak memang macam ini kotor mereka cuma menjaga kebersihan di tempat makan sahaja pergi masuk kedapur mereka macamnilah keadaannya.” – komen netizen.

Tidak kurang yang bengang dengan restoran nasi kandar kotor, satu komen yang mendakwa semua kedai mamak (restoran nasi kandar) sememangnya kotor.

TehPanas – Memang layan nasi kandar jam 3 – 4 pagi kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

3 Trackbacks / Pingbacks

  1. Cuci Pinggan Pakai Air Lopak, Restoran Raj’s Banana Leaf Diarah Tutup
  2. [Semasa] Kedai Mamak Banyak Ditutup. Nak Lepak Mana Nanti? - Kapital
  3. RM3 Untuk Setiap Seekor Tikus, DBKL Akan Membayar Dengan Segera - TEHPANAS

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*