AJL 30 : Senarai Finalis Anugerah Juara Lagu 30

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Seperti tahun-tahun yang lepas, Anugerah Juara Lagu sudah pasti ditunggu-tunggu setiap tahun oleh peminat-peminat seni tanah air.

Pada kali ini, final Anugerah Juara Lagu 30 (AJL 30) telah menampilkan 12 buah lagu terbaik yang telah dipilih untuk ke pentas akhir AJL 30 selepas berentap di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 30 melalui saluran TV3.

12 lagu yang layak ke final Anugerah Juara Lagu 30 ini telah dinilai oleh barisan juri professional yang terdiri daripada Datuk Mokhzani Ismail (Ketua Juri), Helen Yap, Edry Hashim, Louque, Jennifer Thompson, Azmeer dan Taja (Meet Uncle Hussain).

AJL 30 kali ini akan berlangsung pada 24 Januari 2016, Ahad di Stadium Malawati, Shah Alam yang bermula 8.30 malam.

Di bawah adalah senarai Finalis dan Lagu yang layak ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu 30 mengikut urutan yang akan berlangung secara live di TV3.

FINALIS #AJL30

1. Malam Ini Kita Punya – Bunkface
2. Angin Kencang – Noh Salleh
3. Assalamualaikum – Faizal Tahir
4. Bukan Hal Aku – Kaka Azraff dan Aliff
5. Sampai Mati – Hazama
6. Hanya Namamu – Caliph Buskers
7. Knock Knock – Elizabeth Tan
8. Biarkanlah – Drama Band
9. Not For Sale – Stacy
10. Mana Mungkin – Black
11. Potret – Akim & The Majistret
12. Tak Pernah Menyerah – Dayang Nurfaizah

Anda juga boleh menyaksikan AJL30 ini secara online dan live streaming melalui laman web tonton.com.my atau laman web utama TV3.

Diharap lepas ni tiada yang melenting dan muntah kalau Dato’ Seri Vida (Pamoga Qu Puteh) selaku penaja terbesar AJL30 sentiasa ditayangkan di kaca tv anda seperti tahun lepas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*