Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2016, Tiada Muka Sang Juara

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Setiap tahun, sudah pasti rancangan kegemaran ramai yang menampilkan pelawak-pelawak tanah air dan negara jiran iaitu Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016) menjadi fenomena dan bualan peminat-peminat.

Seperti biasa, pelawak atau kumpulan pelawak seperti Jozan, Sepahtu, Zero, Jambu dan Nabil sudah sinonim dengan rancangan yang boleh dianggap besar di Malaysia.

Namun, Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM2016) ini agak menghampakan apabila nama-nama mereka tiada di dalam senarai.

Nampaknya, sang juara tiada kelihatan dan mungkinkah mereka sengaja tidak disenaraikan atau sebaliknya?

Peserta Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM2016) kali ini agak pelik sedikit apabila pelawak atau nama baru terus disenaraikan sebagai peserta tanpa melalui kerusi panas (hot seat) seperti sebelum ini.

Peserta solo seperti Kavin Jay dan Reza Mukmin yang mungkin kenal dan mungkin lagi ramai yang tidak kenal turut menyertai di dalam rancangan MLM 2016 ini. Siapakah mereka berdua ini?

Kumpulan baru yang mungkin tidak mengecewakan seperti LOL, gabungan antara Tauke Jambu, Angah dan Ajak Shiro sudah pasti mendapat perhatian peminat lawak tanah air nanti.

Kumpulan Joras juga tidak kurang hebatnya apabila Rahim R2, Syuk SYJ dan Joey Jalor bergabung dalam kumpulan tersebut.

PESERTA MAHARAJA LAWAK MEGA 2016 (MLM 2016)

AWOK

BOCEY

BORA

BOS

CHAM

CHILOK

ENJEN

JAROS

KAVIN

LOL

PUTEH

REZA

SAYWHO

SHAKE

XOLA

Apa yang menarik, kumpulan Cham kembali beraksi selepas lama menyepi dan spekulasi mengatakan Along dan Azrul telah berpecah.

Oh ya, rancangan Maharaja Lawak Mega ini juga boleh ditonton secara online streaming di Astro On The Go melalui telefon pintar, tablet mahu pun laptop atau PC anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*