“Saya Dah Tak Tahan, Bapak Kau!” – Sering Diejek, Waris Mahu Tukar Nama

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Penyanyi Waris atau nama sebenarnya, Muzammil Alias meluahkan rasa terkilan dan mengambil keputusan untuk berhenti menggunakan nama komersial itu selepas 8 tahun.

Penyanyi rap berusia 30 tahun itu mendedahkan sepanjang menggunakan nama itu, dia berasa kurang dihormati oleh segelintir masyarakat.

“Saya nak ambil kesempatan ini untuk minta maaf kepada semua orang jika saya pernah lakukan kesilapan, tak pernah bagi ambil gambar atau pun pernah tercakap benda yang buruk atau terlukakan hati korang semua.

“Saya rasa dah tak tahan. Minta maaf, saya nak berhenti. Saya nak berhenti menggunakan nama Waris.

“Bila jumpa orang dekat luar, mereka tak reti nak respek, ada yang siap tak panggil nama. Panggil saya dengan nama jolobak ko jolobu (lirik lagu Gadis Jolobu),” – Waris.

Menerusi Instagram, Waris mendedahkan perkara terbabit dengan memuat naik sebuah video berdurasi satu minit Rabu lalu.

Waris turut meminta pendapat peminatnya di Instagram untuk menyumbangkan idea bagi nama baharu yang sesuai untuk digunakan.

“Kalau korang ada idea nama apa yang patut saya tukar, boleh komen.

“Saya dah tak nak orang panggil saya dengan gelaran Waris, Jolobak ko Jolobu, pun saya tak mahu,” – Waris.

Rata-rata netizen menasihatkan penyanyi lagu Gadis Jolobu itu untuk mengekalkan nama komersialnya dan ada juga yang menyindir tindakan Waris yang mengatakan dia seorang yang cepat ‘melatah’ dek kerana dipanggil dengan nama ‘jolobak ko jolobu’.

Video Waris Umum Mahu Tukar Nama, Minta Pendapat Peminat Nama Baharu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*