Sering Peluk & Cium Pipi Naqiu, Netizen Tuduh Sham & Naqiu Pasangan Gay, Sham Beri Komen…

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Bahang Gegar Vaganza 6 semakin terasa apabila tidak lama lagi kita akan mengetahui siapa yang bakal bergelar juara bagi program tersebut.

BACA : “Budaknya Baik” – Nam Ron Tidak Percaya Syafie Naswip Gay

Namun, ada spekulasi yang kurang enak didengar mengenai peserta GV6, Sham Visa dan Naqiu Boboy yang didakwa pasangan gay oleh segelintir netizen menyebabkan mereka berdua terpaksa mengeluarkan kenyataan sebenar.

Dakwaan itu tecetus apabila Sham dan Naqiu sering dilihat berpelukan apabila berjaya mara ke minggu seterusnya dan ianya semakin hangat diperkatan apabila Sham mencium pipi Naqiu semasa dia diumumkan juara konsert mingguan.

Bagaimanapun Sham mengatakan dakwaan itu sangat mengaibkan. Apatah lagi, dia dan Naqiu sudah berkahwin dan mempunyai cahaya mata, memetik Harian Metro.

“Mereka langsung tidak sensitif. Apabila fitnah sebegitu disebarkan ia turut memberi implikasi kepada keluarga kami,

Sekarang kami jadi lebih akrab apabila bernaung di bawah pengurusan sama iaitu Mind Order Sdn Bhd dan sama-sama berjuang di pentas GV,” – jelas Sham Visa kepada Harian Metro.

Sham turut mempersoalkan adakah satu kesalahan sekiranya dia menunjukkan kasih sayang seorang abang kepada adik. Tambahan pula mereka sudah lama kenal sejak Naqiu masih bersama kumpulan Boboy lagi.

Dalam pada itu, Naqiu memberitahu dia tidak boleh bertolak-ansur dengan dakwaan itu apatah lagi sudah mempunyai lima anak.

“Saya hanya mampu ketawa apabila mereka buat tuduhan berdasarkan keakraban kami.

“Saya menghormati Sham sebagai abang dan dia banyak memberikan sokongan serta dorongan walaupun kami sama-sama bertanding,” – Naqiu.

Menurut Naqiu lagi, lebih 15 tahun dia mengenali Sham malah diawal kemunculan dulu dia sering berlatih di studio milik Sham.

Carian Anda :

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. "Mereka Beri Persembahan Yang Setara & Nyanyian Tidak Sumbang" - Ramli MS Komen Isu Dua Juara GV6 - TEHPANAS
  2. “Mereka Beri Persembahan Yang Setara & Nyanyian Tidak Sumbang” – Ramli MS Komen Isu Dua Juara GV6 - Hmetro Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*