“Saya Mahu Buka Pub Halal, Tiada Alkohol” – Shah Hazvee Mahu Tarik Golongan Muda

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Pelakon Shah Hazvee akan membuat suatu kelainan dalam bidang perniagaan yang akan diceburinya dengan membuka pub yang tidak menghidangkan sebarang minuman bercampur alkohol.

Menurut pelakon yang sudah 4 tahun dalam dunia seni itu menjelaskan, keseluruhan dekorasi dan barangan dalam pub miliknya itu akan kelihatan seperti pub lain yang pernah dilihat, namun dia mengetengahkan konsep halal.

“Saya mahu buka pub halal kerana mahu menarik golongan muda yang selalu melepak di pub lain yang menghidangkan minuman beralkohol,” – Shah Hazvee.

Shah yang dikenali menerusi drama bersiri ‘Monalisa’ memberitahu lagi, dia sendiri telah pergi ke pub lain untuk mengkaji dan dapati ramai anak muda berkunjung ke pub hanya untuk hanya untuk lepak dan menikmati ‘vibes’ di tempat itu.

Dia berharap dengan pub berkonsepkan halal itu nantu, sedikit sebanyak dapat mengelakkan golongan muda dari meminum arak.

Sumber : Gempak

1 Trackback / Pingback

  1. “Saya Mahu Buka Pub Halal, Tiada Alkohol” – Shah Hazvee Mahu Tarik Golongan Muda - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*