Nampak Seluar Dalam, Sherry Ibrahim Tidak Akan Padam Gambar

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Semalam Sherry Ibrahim telah memuat naik sekeping gambar yang mengundang keresahan kepada netizen melalui akaun Instagram miliknya.

BACA : Seluar Dalam Izzue Islam Habis Terjual Dalam Tempoh 3 Hari

Gambar Sherry menggayakan baju neon bersama jeans biru dan netizen mendakwa getah seluar dalam kelihatan apabila seluar jeans yang dipakai oleh Sherry terlondeh.

Namun Sherry menjelaskan ia sebenarnya getah ‘tights’ yang dipakai untuk bahagian dalam seluar jeans yang dipakainya.

“Saya minta maaf jika tak sedap mata memandang, sebenarnya bahagian yang kelihatan itu adalah getah ‘tights’ yang saya pakai di dalam seluar jeans saya.

“Perkara itu berlaku secara tidak sengaja, tambahan lagi saya telah turun berat badan, jadi, bahagian pinggang seluar saya agak longgar.

“Saya tidak berniat untuk membuat orang ramai berasa tidak selesa, lagipun saya tidak menampakkan bahagian kulit saya,” Sherry Ibrahim.

Rata-rata netizen mahu Sherry memadam gambar tersebut namun dia tidak akan memadam gambar tersebut kerana baginya ia tidak keterlaluan dan terlalu sayang untuk memadamnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Carian Anda :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*