Shila Amzah Bawa Watak ‘Princess Jasmine’ Dalam Filem Aladdin

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Semalam Shila Amzah memuat naik status di laman Instagram miliknya yang menyatakan dia akan mengumumkan sesuatu yang penting pada jam 9 malam dan menyebabkan peminatnya tidak sabar untuk menunggu pengumuman tersebut.

Rata-rata followers Shila di Instagram mengatakan dia akan mengumumkan jantina anaknya dan tekaan tersebut meleset kerana Shila sebenarnya telah mengumumkan dia bakal terlibat secara langsung dalam filem terbitan Disney iaitu Aladdin.

Menurut Shila, dia telah diberikan kepercayaan untuk membawakan watak Princess Jasmine di dalam filem Aladdin melalui suaranya kepada watak itu untuk filem Aladdin versi bahasa Melayu yang akan ditayangkan pada 23 Mei ini.

Shila juga turut menyanyikan lagu tema filem Aladdin ini yang berjudul A Whole New World (Dunia Baru) yang digubah ke bahasa Melayu dan akan berduet bersama Hael Husaini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*