Punca Sebenar Stacy & Akim Wujudkan Akaun Instagram Anak

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Sudah menjadi trend sekarang ini, setiap anak selebriti di Malaysia mempunyai akaun Instagram. Apakah sebab dan punca mereka wujudkan akaun Instagram bagi anak mereka yang belum kenal pun dengan Instagram?

BACA : Selepas 44 Hari, Stacy dan Akim Kongsi Wajah Anak

Begitu juga dengan Stacy dan Akim yang mewujudkan akaun Instagram bagi anak mereka, Eshaal dan Bella dan memberitahu ianya untuk aktiviti anak mereka.

Punca utama Stacy dan Akim mewujudkan akaun Instagram @beyshal kerana terlampau banyak akaun Instagram yang palsu dicipta oleh individu yang semata-mata untuk mengautkan keuntungan.

“Hasil perbincangan bersama Akim, saya mewujudkan akaun ‘beyshal’ yang menggabungkan aktiviti harian Bella dan Eshaal. Penularan akaun palsu membuatkan kami terpanggil untuk membuka akaun untuk anak kami. Kami tidak mahu ada peminat atau orang ramai di luar sana yang tertipu dengan akaun palsu menggunakan nama anak kami. Jadi, tidak salah rasanya untuk menghasilkan akaun rasmi yang disahkan oleh kami sendiri. Sebagai ibu bapa, semestinya kami memantau akaun Instagram itu supaya tidak membahayakan keselamatan dua anak kami. Malah, saya sendiri mengikut pesan orang tua untuk berkongsi gambar Eshaal setelah dia berusia 44 hari.”

Stacy dan Akim berharap agar peminat tidak tertipu dengan akaun anak mereka yang palsu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*