Suami Pengasas Dnar’s Dedah Punca Sebenar Kemalangan Berlaku

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Pemergian pengasas kepada produk kosmetik Dnar’s Skincare, Allahyarham Puan Faziani Rohban Ahmad, 40 tahun benar-benar mengejutkan tanah air, terutamanya rakan-rakan allahyarham.

Beliau meninggal dunia dalam kemalangan kereta di Pattani, Thailand semasa dalam perjalanan untuk memberi sumbangan zakat kepada anak-anak tahfiz di sana.

Menerusi video temu bual bersama media, suami kepada allahyarham, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42 tahun menjelaskan dirinya berasa mengantuk semasa memandu dan sempat terlelap di lampu isyarat sebelum kejadian.

“Sebelum kejadian, saya tertidur di lampu isyarat,

Manakala arwah tidur di sebelah saya,” – Ahmad Shah Rizal Ibrahim

Disebabkan rasa amat mengantuk, beliau bercadang singgah ke stesen minyak untuk berehat sebentar dan mencuci muka.

Semasa dalam perjalanan ke stesen minyak, Ahmad Shah merasakan dirinya terlelap dalam sesaat dua dan arwah sempat mengejutkannya, dia tersedar tetapi dia sudah pun melanggar belakang sebuah lori. Lebih kurang 1 hingga 2 minit, allahyarham telah meninggal dunia.

Ahmad Shah menjelaskan lagi, biasanya dia hanya duduk di sebelah pemandu, namun pada hari kejadian dia mengambil mengambil keputusan untuk memandu sendiri memandangkan isteri pemandunya bersalin.

Alhamdullillah, jenazah Allahyarham Faziani Rohban telah selamat di kebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kedemit, Tumpat, Kelantan pada hari Sabtu yang lepas. Semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-fatihah.

Video temu bual suami arwah pengasas Dnar’s, cerita kemalangan terjadi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*