“Sukar Untuk Saya Jelaskan Sebab Sebenar Saya Buka Tudung” – Fathia Latiff

HTML5 SILA KLIK [X] UNTUK TUTUP Button Close

Pelakon dan penyanyi kontroversi Fathia Latiff muncul lagi dengan penampilan baharu selepas membuat keputusan tidak memakai tudung beberapa bulan lepas.

BACA : Fathia Latiff Akui Terpaksa Buang Kawan

Menurut Fathia, dia bersyukur kerana peminat di luar sana menerima keputusan dan penampilan baharunya dengan baik.

“Setakat ini, saya berjumpa peminat di luar, mereka tak pernah bercakap atau bertanyakan saya mengenai hal peribadi seperti buka hijab dan sebagainya.

“Mereka menghormati saya dan keputusan yang saya lakukan. Mungkin ada netizen yang bercakap buruk tetapi saya tak boleh elak.” – Fathia Latiff

Fathia menjelaskan lagi sukar untuk dia mendedahkan sebab spesifik mengapa dia memilih untuk tidak lagi bertudung, memetik Gempak.

“Sangat sukar untuk saya jelaskan mengenai perkara peribadi yang terjadi dalam hidup saya. Mengenai sebab sebenar saya buka tudung, saya rasakan lebih baik saya simpan untuk diri saya sendiri.

“Ada perlunya saya menyimpan perkara itu dan tidak diceritakan kepada orang lain. Saya memohon doa yang baik-baik dari semua orang,” – Fathia Latiff.

Dia juga akui untuk menyimpan sahaja perkara yang peribadi dan tidak menceritakan kepada sesiapa.

Fathia Latiff Buat ‘Live’ Potong Rambut, Selepas Meroyan di IG Stories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*